Saturday, May 11, 2013

Riadah... ;)

asalamualaikum,, hye pembaca..... cuti selama 3 hari yang aku mohon, emmmm.. haruslah dipenuhi dengan perkara bermanfaat... selepas sahaja menyambut hari jadi ayah. aku luangkan masa bersama rakan pula... yeah.. suatu keadaan yang menggembirakan apabila kita mempunyai masa untuk bersama keluarga dan rakan... bagi menceriakan suasana, aku dan kawan2 telah pergi ke Port Dickson. tak jauh sangat pon... berkhemah dan bbq... memang menyeronokkan.. nak cerita panjang tak pandai, tetapi gambar dapat menceritakan semuanya.. bukan sekadar gambar ,tetapi sebuah cerita.... :)

Friday, May 10, 2013

SELAMAT HARI LAHIR ''AYAH''.. :)

8/5/ adalah genap umur encik azman (ayah) berusia 44 tahun. tahun ini ada kelainan kerana semenjak aku bekerja, ada la sedikit rezeki untuk aku membeli sebuah kek bagi menyambut hari lahir ayah. ye la,, bukan selalu. setahun sekali..

Saturday, May 4, 2013

DAISO!!! = RM 5 ALWAYS.... WOW...

asalamualaikum... arini sya nak memperkenalkan sebuah kedai yang aku rasa seronok untuk dikunjungi... DAISO. Sebuah kedai yang ditubuhkan oleh Hirotake Yano (Mr.Yano) . kedai ini pada mulanya dinamakan ''Yano Shoten''pada 1972 dan ditukar kepada ''Daiso-Sangyo'' pada 1977. diJepun kedai ini menjual barangan dengan harga yang agak murah iaitu 100yen!!! wow.... dan disini (malaysia) ,barangan dijual pada harga RM5.. (RM 5 ALWAYS).. murah kan... kedai ''DAISO'' ini bertempat di MID VALLEY MEGAMALL.. kalau tidak silap, kedai ini menjual barangan keperluan 4 BUAH NEGARA.. wow... dan barangan merekan sangatlah pelik dan membuatkan kita tertarik dan akan membelek dengan begitu tekun ,bukan sekali, tetapi kita akan membelek DUA kali.. haha

Friday, May 3, 2013

NUR RABIATUL ADAWIYAH

4/4/2013...'' yeah, aku ingat tarikh itu '' kataku, sambil bermonolog dalaman mengingati detik2 hari tersebut..:)memang agak seronok dan bersyukur apabila menerima khabar gembira. Sememangnya itu yang berlaku apabila didalam situasi itu. hari tersebut adalah hari yang aku tunggu2. Menunggu akan kelahirannya seorang lagi ahli didalam keluarga.... tetapi, aku masih ternanti-nanti soalan yang sememangnya belum terjawab selama 9bulan.... lama tu. ''bayi perempuan''...(tersenyum) itulah perkataan pertama apabila soalan yang selama 9bulan aku tunggu dijawab oleh ibu. Ringkas tetapi amat bermakna.. didalam benak fikiran aku '' aku, abang kepada 2 orang adik, ketua keluarga selepas ayah'' tanggungjawab yang agak besar..... emmmmmmm, kegembiraan ,kesyukuran, dan macam2 lagi berada difikiran. Dan sekarang, aku tahu sedalam dalamnya bahawa aku mempunyai sebuah keluarga yang aman dan sangat istimewa.. :)amin ya ALLAH... abang sayang kakak adawiyah.. ;)